Search

Masa kita nak review makanan ni la dia nak nyanyi ...

  • Share this:

Masa kita nak review makanan ni la dia nak nyanyi nyanyi.. sembelih kang.. nasib baik sayang.. pastu motor pulak nak lalu.. sabar je la😩
.
Anyways, seperti yang Sissy bagitahu kat IG story Sissy, MCO ni Sissy banyak terima DM yang tanya sama ada Sissy buat paid review ke tidak untuk makanan. Jawapannya; Tidak. Sissy tak buat paid review tapi Sissy terbuka untuk menerima apa sahaja makanan yang korang nak hantar sebagai gift. Kalau sedap & kena dengan selera Sissy, Sissy post. Kalau tidak, I diam je. Jadi kalau korang ok dengan terma itu then you're most welcome to send me food! Hit me up on DM. Jangan segan-segan!
.
Sissy tak banyak duit cash nak tolong korang yang meniaga time MCO ni.. jadi Sissy hanya mampu spread words pasal business korang dekat platform sissy je.. Itupun berbekalkan berapa kerat followers je😩. Dengan harapan, bila Sissy share makanan korang, akan lebih ramai orang tahu pasal makanan korang. Korang tak yah bayar apa apa duit review. Dengan syarat kena sedap & kena dengan selera Sissy. Tapi jarang orang hantar makanan, Sissy tak post sebab semua sedap & kalau sekali hantar dengan satu family Sissy makan kenyang!! Sesiapa yang dah follow Sissy lama, dorang tahu, kalau Sissy cakap pasal makanan, mesti yang Sissy sendiri suka.
.
Tapi kalau korang tak ada modal untuk hantar food pada Sissy pun it's okay. Korang dijemput untuk comment business makanan korang kat ruangan comment post ni! Mana tahu ada antara Sissy dan followers Sissy mengidam mak makan ke! Tag business makanan korang dan kawan korang ok!!
.
Love you guys & stay strong ok!!🤍


Tags:

About author
not provided
Sissy Imann 25 A singer-songwriter/ Music teacher Latest release; Bebas Seni Unggul Production
View all posts